ADAKAH SPN21 ITU MENDUKUNG VISI DAN MISI JABATAN PENGAJIAN ISLAM?
0 comments Posted by SMPU09US-blogger at 08:32ADAKAH SPN21 ITU MENDUKUNG VISI DAN MISI JABATAN PENGAJIAN ISLAM?
SPN 21 adalah singkatan nama bagi Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan. Sistem ini membawa beberapa perubahan besar
dalam pendidikan di negara ini.
Bila ianya dilaksanakan?
Secara berperingkat-peringkat:
❀ Peringkat peralihan (interim/transition stage) dilaksanakan pada tahun 2008 bagi pelajar Tahun 7 (kumpulan pelajar yang lulus PSR 2007)
❀ Di peringkat rendah akan dilaksanakan pada tahun 2009 iaitu bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 4
❀ Pelaksanaan SPN 21 akan berjalan sepenuhnya di peringkat rendah pada tahun 2011
Tujuan dan matlamat SPN21
Adalah untuk:
1)Memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial abad ke-21
2) Merealisasikan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan.
Visi Kementerian Pendidikan :
“Pendidikan Berkualiti Ke Arah Negara yang Membangun, Aman dan Sejahtera”.
Misi Kementerian Pendidikan :
“Untuk Memberikan Pendidikan yang Holistik(sempurna) bagi Mencapai Potensi yang Penuh bagi Semua”.
3) Menyediakan kemahiran-kemahiran abad ke-21
4)Memenuhi tema-tema strategik sepertimana digariskan dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan (2007-2011)
5) Untuk meningkatkan kadar jumlah penuntut di peringkat pendidikan tinggi dari kadar 14 peratus yang sedia ada masa kini ketahap 30 peratus dalam jangka waktu 5 tahun mendatang ini.
6) Dapat mencapai matlamat untuk membolehkan sekurang-kurangnya 50 peratus jumlah penuntut lepasan sekolah menengah termasuk lepasan sekolah vokasional dapat meneruskan pelajaran diperingkat tertinggi.
7) Untuk terus berusaha ke arah meningkatkan lagi kualiti kehidupan di negara ini melalui penyediaan & pembaharuan sistem pendidikan yang lebih berupaya dan berdaya saing untuk meningkatkan kecekapan rakyat dan penduduk Brunei.
8) Untuk mencapai wawasan Brunei 2035.
Perubahan-Perubahan Yang Akan Dibawa oleh SPN21
- Struktur Sistem Pendidikan
Perlaksanaan SPN21 akan dijangka selesai pada tahun 2015. Gelaran-gelaran bagi darjah dan menengah akan diubah menjadi Tahun seperti Tahun 1-6 menggantikan darjah 1-6 dan Tahun 7-11 menggantikan Menengah 1-5. Perubahan ini selaras dengan dasar pemberian pendidikan sekurang-kurangnya12 tahun.
II. Kurikulum sekolah dan penilaian
Kurikulum sekolah dan penilaian akan dibina untuk mengoperasikan perkembangan utama dan rekabentuk strategi pendidikan yang berkualiti seperti yang digambarkan di dalam dokumen pendidikan melalui peruntukan yang seimbang, relevan serta kurikulum yang berbeza dan dinamik. Ini dapat dicapai melalui penyediaan kurikulum merangkumi 8 bidang pembelajaran utama.(Bahasa, Matematik,Sains,Sains Sosial & Kemanusiaan,Kesenian & Kebudayaan,Teknologi,Pendidikan Agama Islam dan Melayu Islam Beraja,Pendidikan Jasmani & Kesihatan)
III. Pendidikan Teknik
Kementerian Pendidikan memainkan peranan penting dalam SPN21 dengan merancangkan dan seterusnya melaksanakan kursus-kursus/program-program teknik dan vokasional mulai bulan Januari 2012.
Diantara faedah-faedah SPN21
· Tiada penahanan dari tahun 1 hingga tahun 11 kecuali dalam kes pelajar yang mempunyai kedatangan kurang dari 85 peratus.
· Pelbagai saluran pendidikan disediakan hingga ke peringkat pengajian tinggi.
· Pelbagai pilihan program pendidikan mengikut kecenderungan, keperluan dan kebolehan pelajar.
· Meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
· Meningkatkan pencapaian pelajar.
VISI DAN MISI JABATAN PENGAJIAN ISLAM
Visi Jabatan Pengajian Islam:
Ke arah membentuk masyarakat yang berilmu,beriman,beramal dan bertakwa untuk kesempurnaan insan hidup didunia dan akhirat.
Misi Jabatan Pengajian Islam:
Melahirkan pelajar yang kukuh aqidahnya,berkepandaian dan berakhlak mulia melalui pendidikan islam yang bersistem,berkualiti dan mantap bersandarkan Al-Quran dan Al-Sunah.
Matlamat Jabatan Pengajian Islam:
Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam secara formal dan tidak formal bagi pembinaan dan pembentukan insan yang taat berugama,berkepandaian,berakhlak mulia dan taat kepada negara serta pemimpin bagi mendukung falsafah Negara Melayu Islam Beraja
Objektif Jabatan Pengajian Islam:
· Mewujudkan sistem Pendidikan Ugama yang kemaskini
· Menyediakan lebih banyak kemudahan pengajaran dan pembelajaran
· Menyediakan kurikulum yang kemaskini,menyeluruh dan menepati hala tuju pencapaian matlamat,misi dan Visi jabatan.
· Membuat pemantauan yang berkesan dan berterusan ke atas semua jenis persekolahan ugama
· Meningkatkan kualiti,pegawai guru dan kakitangan Jabatan Pengajian Islam melalui latihan/bengkel/kursus
Adakah SPN21 mendokong misi dan visi Jabatan Pengajian Islam?
Setentunya tidak dapat dinafikan lagi SPN21 mendokong misi dan visi Jabatan Pengajian Islam.Ini kerana kita boleh dapati bahawa isi kurikulum dan pengajaran yang terkandung didalam program SPN21 juga turut merangkumi pelajaran dan pendidikan islam yang bersandarkan Al-Quran dan Al-Sunah.Contohnya,didalam SPN21,subjek Pengetahuan Ugama Islam diajarkan juga sebagai mata pelajaran wajib disetiap peringkat dari Tahun 1 hinggalah Tahun 11.Ini menunjukkan terdapatnya kesinambungan didalam matlamat SPN21 dan matlamat Jabatan Pengajian Islam kerana keduanya boleh maju kehadapan dibawah program SPN21 ini.
Kesimpulannya
Dari apa yang dapat kita fahami dari segala strategi, perubahan, matlamat dan faedah SPN21 itu, terbuktilah bahawa SPN21 itu telah dapat mendukung visi dan misi Jabatan Pengajian Islam.Ini telah terbukti hasilnya yang mana SPN21 itu bukan sahaja dijangka akan membentuk masyarakat yang berilmu dan berkepandaian malahan ia juga akan melahirkan generasi ilmuwan yang beriman,beramal dan bertakwa melalui pendidikan Islam yang sejati yang bersandarkan dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Al-Sunah.
Cadangan saya mengenai SPN21 untuk mecapai matlamat Jabatan Pengajian Islam
· SPN21 hendaklah menepati ciri-ciri yang berpendidikan ugama.
· Dasar Islam hendaklah dijadikan asas pembinaan insan dan sumber rujukan penuntut dan guru.
· Pendidikan guru hendaklah diserapkan dengan falsafah pendidikan Islam.
· Segala perlaksanaan kegiatan sekolah hendaklah diterapkan kepada murid dengan nilai-nilai atau akhlak Islam.
· IRK hendaklah diwajibkan disekolah rendah, menengah, teknik, vokasional dan pengajian tinggi.
· IRK hendaklah dijadikan sebagai mata pelajaran teras.
· Kurikulum sekolah hendaklah meletakkan aqidah dan syariah sebagai tunjangnya.
Mohammad Huzaiman Bin Haji kassim
09SP003
Jurusan Sarjana Muda Usuluddin
Oleh
Saiful Rijal bin Haji Awang Damit-09sk006
Sarjana Muda Perguruan Ugama Usuluddin 2009/ 2010
Semester 1
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam
Abstrak
Kertas ini sedikit sebanyak membedah alam jin untuk mendedahkan hakikat sebenar kejadian, kehidupan dan kegiatan jahat mereka.
Walaupun kebanyakan orang Melayu mempercayai kewujudan jin, tetapi jarang ada yang tahu secara mendalam tentang hakikat sebenar makhluk Allah ini. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat menjadi benteng yang kukuh membendung akidah umat Islam daripada dicemari unsur-unsur syirik
kalu kan direct download klik sini
Haqiqat Jin
PERKEMBANGAN KURIKULUM PELAJARAN UGAMA
ISI KANDUNGAN:
• PENGERTIAN KURIKULUM
• BEBERAPA PENDAPAT UMUM
• DEFINISI KURIKULUM
• KURIKULUM MENURUT PRESPEKTIF ISLAM
• DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
• KESIMPULAN
DISEDIAKAN OLEH;
SHAIKH SHARUL AZHAR BIN SHAIKH HJ AHMAD (09SP004)
SMPU09US
KUPU SB
Pengertian kurikulum
• Maksud “kurikulum” dari segi bahasa ialah sebagai bidang pelajaran disekolah
• Jika di tinjau dari segi sejarah perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin “curiculum” yang bermaksud ruang tempat dimana pembelajaran itu berlaku.
• Dari segi istilah pula kurikulum adalah ‘core; kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara.
Beberapa Pendapat umum mengenai kurkulum
• ‘Perancangan yang dibuat untuk mengarah atau membantu pembelajaran di sekolah-sekolah, dan ia biasanya diwakili oleh dokumen-dokumen umum’ (Husen & Lethwaite, 1987)
• ‘Kursus pembelajaran yang terancang yang dilalui oleh pelajar di bawah kawalan kolej, sekolah, universiti atau institusi pengajian tinggi yang lain’ (Page & Thomas, 1978)
• Kurikulum adalah sebuah rancangan pembelajaran, yang disusun dengan mempertimbangkan berbagai hal mengenai proses pembelajaran serta perkembangan individu
• Daniel Tanner & Laurel Tanner : Pengalaman pembelajaran yang terencana dan terarah, yang disusun melalui proses rekonstruksi pengetahuan dan pengalaman yang sistematis di bawah pengawasan lembaga pendidikan agar pembelajar dapat terus memiliki minat untuk belajar sebagai bagian dari kompetensi sosial pribadinya.
• Romine : Kurikulum mencakup semua temu permbelajaran, aktivitas dan pengalaman yang diikuti oleh anak didik dengan arahan dari sekolah baik di dalam maupun di luar kelas.
• Murray Print. : Kurikum didefinisikan sebagai semua ruang pembelajaran terencana yang diberikan kepada siswa oleh lembaga pendidikan dan pengalaman yang dinikmati oleh siswa saat kurikulum itu terapkan.
• Kurikulum adalah sejumlah mata pelajaran yang harus ditempuh dan dipelajari oleh siswa untuk memperoleh sejumlah pengetahuan.
• Kurikulum adalah suatu program pendidikan yang disediakan untuk membelajarkan siswa. Dengan program itu, para siswa melakukan berbagai kegiatan belajar sehingga terjadi perubahan dan perkembangan tingkah laku siswa, sesuai dengan tujuan pendidikan dan pembelajaran. Dengan kata lain, sekolah menyediakan lingkungan bagi siswa yang memberikan kesempatan belajar.
Definisi Kurikulum Kebangsaan
“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”
Akta Pendidikan 1996
[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]
Kurikulum menurut prespektif Islam Islam
• Didalam bahasa Arab kurikulum bermaksud “manhaj” Jalan yang terang yang dilalui oleh manusia pada berbagai bidang kehidupan
• Jalan terang yang dilaluioleh pendidik/guru/pelatih dengan orang yang dididik/dilatih untuk mengembangkan pengetahuan, ketrampilandan sikap mereka. – (OmarAl-Syaibani)
• kurikulum sebagai sejumlah pengalaman-pengalaman pendidikan,budaya social, olah raga dan seni yang disediakan oleh sekolah bagi murid-muridnya didalam dan diluar sekolah dengan maksud menolongnya untuk mengembangkan secara menyeluruh dalam segalan segi dan merubah tingkahlaku mereka sesuai dengan tujuan-tujuan pendidikan.( Addamardassy Sarhan dan munir kamal)
Definisi kurikulum Pendidikan Islam
Kurikulum pendidikan Islam adalah bahan bahan pendidikan Islam berupa kegiatan, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan sistematis diberikan kepada anak didik dalam rangka mencapai tujuan pendidikan Islam. Atau dalam kata lain kurikulum pendidikan Islam adalah semua aktiviti, pengetahuan dan pengalamanyang dengan sengaja dan secara sistematis diberikan oleh pendidik kepada anak didik dalam rangka tujuan pendidikan Islam (H.Syamsul Bahri Tanrere 1993)
Berdasarkan keterangan diatas maka kurikulum pendidikan Islam itu merupakan satu komponen pendidikan ugama berupa alat untuk mencapai tujuan . ini bermakna untuk mencapai pendidikan ugama(pendidikan Islam) diperlukan adanya kurikulum sesuai dengan tujuan pendidikan Islam dan bersesuaian pula dengan tingkat usia,
Kesimpulan
Kurikulum dapat disimpulkan sebagai sesuatu didalam pendidikan untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam meweujudkan perpaduan yang berpandukan ajaran Islam di samping menghasilkan kualiti rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.