Blogger Template by Blogcrowds

ADAKAH SPN21 ITU MENDUKUNG VISI DAN MISI JABATAN PENGAJIAN ISLAM?

Pengenalan mengenai SPN21

SPN 21 adalah singkatan nama bagi Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan. Sistem ini membawa beberapa perubahan besar

dalam pendidikan di negara ini.

Bila ianya dilaksanakan?

Secara berperingkat-peringkat:

Peringkat peralihan (interim/transition stage) dilaksanakan pada tahun 2008 bagi pelajar Tahun 7 (kumpulan pelajar yang lulus PSR 2007)

Di peringkat rendah akan dilaksanakan pada tahun 2009 iaitu bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 4

Pelaksanaan SPN 21 akan berjalan sepenuhnya di peringkat rendah pada tahun 2011

Tujuan dan matlamat SPN21

Adalah untuk:

1)Memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial abad ke-21

2) Merealisasikan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan.

Visi Kementerian Pendidikan :

“Pendidikan Berkualiti Ke Arah Negara yang Membangun, Aman dan Sejahtera”.

Misi Kementerian Pendidikan :

“Untuk Memberikan Pendidikan yang Holistik(sempurna) bagi Mencapai Potensi yang Penuh bagi Semua”.

3) Menyediakan kemahiran-kemahiran abad ke-21

4)Memenuhi tema-tema strategik sepertimana digariskan dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan (2007-2011)

5) Untuk meningkatkan kadar jumlah penuntut di peringkat pendidikan tinggi dari kadar 14 peratus yang sedia ada masa kini ketahap 30 peratus dalam jangka waktu 5 tahun mendatang ini.

6) Dapat mencapai matlamat untuk membolehkan sekurang-kurangnya 50 peratus jumlah penuntut lepasan sekolah menengah termasuk lepasan sekolah vokasional dapat meneruskan pelajaran diperingkat tertinggi.

7) Untuk terus berusaha ke arah meningkatkan lagi kualiti kehidupan di negara ini melalui penyediaan & pembaharuan sistem pendidikan yang lebih berupaya dan berdaya saing untuk meningkatkan kecekapan rakyat dan penduduk Brunei.

8) Untuk mencapai wawasan Brunei 2035.

Perubahan-Perubahan Yang Akan Dibawa oleh SPN21

  1. Struktur Sistem Pendidikan

Perlaksanaan SPN21 akan dijangka selesai pada tahun 2015. Gelaran-gelaran bagi darjah dan menengah akan diubah menjadi Tahun seperti Tahun 1-6 menggantikan darjah 1-6 dan Tahun 7-11 menggantikan Menengah 1-5. Perubahan ini selaras dengan dasar pemberian pendidikan sekurang-kurangnya12 tahun.

II. Kurikulum sekolah dan penilaian

Kurikulum sekolah dan penilaian akan dibina untuk mengoperasikan perkembangan utama dan rekabentuk strategi pendidikan yang berkualiti seperti yang digambarkan di dalam dokumen pendidikan melalui peruntukan yang seimbang, relevan serta kurikulum yang berbeza dan dinamik. Ini dapat dicapai melalui penyediaan kurikulum merangkumi 8 bidang pembelajaran utama.(Bahasa, Matematik,Sains,Sains Sosial & Kemanusiaan,Kesenian & Kebudayaan,Teknologi,Pendidikan Agama Islam dan Melayu Islam Beraja,Pendidikan Jasmani & Kesihatan)

III. Pendidikan Teknik

Kementerian Pendidikan memainkan peranan penting dalam SPN21 dengan merancangkan dan seterusnya melaksanakan kursus-kursus/program-program teknik dan vokasional mulai bulan Januari 2012.

Diantara faedah-faedah SPN21

· Tiada penahanan dari tahun 1 hingga tahun 11 kecuali dalam kes pelajar yang mempunyai kedatangan kurang dari 85 peratus.

· Pelbagai saluran pendidikan disediakan hingga ke peringkat pengajian tinggi.

· Pelbagai pilihan program pendidikan mengikut kecenderungan, keperluan dan kebolehan pelajar.

· Meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

· Meningkatkan pencapaian pelajar.

VISI DAN MISI JABATAN PENGAJIAN ISLAM

Visi Jabatan Pengajian Islam:

Ke arah membentuk masyarakat yang berilmu,beriman,beramal dan bertakwa untuk kesempurnaan insan hidup didunia dan akhirat.

Misi Jabatan Pengajian Islam:

Melahirkan pelajar yang kukuh aqidahnya,berkepandaian dan berakhlak mulia melalui pendidikan islam yang bersistem,berkualiti dan mantap bersandarkan Al-Quran dan Al-Sunah.

Matlamat Jabatan Pengajian Islam:

Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam secara formal dan tidak formal bagi pembinaan dan pembentukan insan yang taat berugama,berkepandaian,berakhlak mulia dan taat kepada negara serta pemimpin bagi mendukung falsafah Negara Melayu Islam Beraja

Objektif Jabatan Pengajian Islam:

· Mewujudkan sistem Pendidikan Ugama yang kemaskini

· Menyediakan lebih banyak kemudahan pengajaran dan pembelajaran

· Menyediakan kurikulum yang kemaskini,menyeluruh dan menepati hala tuju pencapaian matlamat,misi dan Visi jabatan.

· Membuat pemantauan yang berkesan dan berterusan ke atas semua jenis persekolahan ugama

· Meningkatkan kualiti,pegawai guru dan kakitangan Jabatan Pengajian Islam melalui latihan/bengkel/kursus

Adakah SPN21 mendokong misi dan visi Jabatan Pengajian Islam?

Setentunya tidak dapat dinafikan lagi SPN21 mendokong misi dan visi Jabatan Pengajian Islam.Ini kerana kita boleh dapati bahawa isi kurikulum dan pengajaran yang terkandung didalam program SPN21 juga turut merangkumi pelajaran dan pendidikan islam yang bersandarkan Al-Quran dan Al-Sunah.Contohnya,didalam SPN21,subjek Pengetahuan Ugama Islam diajarkan juga sebagai mata pelajaran wajib disetiap peringkat dari Tahun 1 hinggalah Tahun 11.Ini menunjukkan terdapatnya kesinambungan didalam matlamat SPN21 dan matlamat Jabatan Pengajian Islam kerana keduanya boleh maju kehadapan dibawah program SPN21 ini.

Kesimpulannya

Dari apa yang dapat kita fahami dari segala strategi, perubahan, matlamat dan faedah SPN21 itu, terbuktilah bahawa SPN21 itu telah dapat mendukung visi dan misi Jabatan Pengajian Islam.Ini telah terbukti hasilnya yang mana SPN21 itu bukan sahaja dijangka akan membentuk masyarakat yang berilmu dan berkepandaian malahan ia juga akan melahirkan generasi ilmuwan yang beriman,beramal dan bertakwa melalui pendidikan Islam yang sejati yang bersandarkan dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Al-Sunah.

Cadangan saya mengenai SPN21 untuk mecapai matlamat Jabatan Pengajian Islam

· SPN21 hendaklah menepati ciri-ciri yang berpendidikan ugama.

· Dasar Islam hendaklah dijadikan asas pembinaan insan dan sumber rujukan penuntut dan guru.

· Pendidikan guru hendaklah diserapkan dengan falsafah pendidikan Islam.

· Segala perlaksanaan kegiatan sekolah hendaklah diterapkan kepada murid dengan nilai-nilai atau akhlak Islam.

· IRK hendaklah diwajibkan disekolah rendah, menengah, teknik, vokasional dan pengajian tinggi.

· IRK hendaklah dijadikan sebagai mata pelajaran teras.

· Kurikulum sekolah hendaklah meletakkan aqidah dan syariah sebagai tunjangnya.

Mohammad Huzaiman Bin Haji kassim

09SP003

Jurusan Sarjana Muda Usuluddin

0 comments:

Newer Post Older Post Home